Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dulu sungai pasif, sekarang hidup?

0

KENINGAU (Sabah, Malaysia): Pembinaan jambatan gantung yang merentangi sungai Bangkulat yang pasif sejak sekian lamanya disahkan tidak ada dalam daftar permohonan Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

PPM Bingkor Peter Daigo (tengah) bersama Pengerusi MPKK Kg. Lipasu / Kamansi Jairis Urik (kanan), Pengerusi MPKK Kg. Tongkungon Lisoa Muyat (dua kanan)
Sebelum korek

Berita mengenai jambatan tanpa sungai itu tular dan menjadi perdebatan hebat dikalangan warga netizen, sekaligus menimbulkan persoalan pro dan kontra dikalangan masyarakat.

Selepas korek

Pada Isnin (14 Oktober 2019) Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Bingkor Peter Daigo berkata, beliau telah menemui kedua-dua Pengerusi MPKK Jairis Urik dari Kampung Lipasu / Kamansi dan Lisoa Muyat dari Kampung Tongkungon, dan mengesahkan bahawa perlaksanaan projek itu  diluar pengetahuan mereka.

Jambatan Sungai Babayo Tongkungon

“Pejabat UPPM Bingkor juga tidak mengetahui mengenai projek itu (jambatan gantung) .. kita tidak ada senerai mengenainya,”  katanya kepada pemberita di sini.

Peter berkata, bahawa jambatan gantung yang merentangi sungai Babayo di Kampung Tongkungon yang situasi semasanya dalam keadaan usang seharusnya diberi keutamaan berbanding jambatan baharu yang baru dibina.

“Ia merupakan laluan kanak-kanak  dari Kampung Minansut dan Tongkungon ke sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baharu,”

“Ia juga akses utama ketika sungai Babayo banjir,” katanya, dan memberitahu aliran sungai Bangkulat hanya wujud melalui limpahan sungai Bayayo ketika banjir besar.

Jairis Urik – MPKK Kg. Liposu / Kamansi

“Tetapi tidak ada elemen bahaya di kawasan itu pada hari-hari biasa,” tambahnya.

Peter berkata, sungai Babayo juga pada sepanjang masa tidak selamat digunakan oleh kanak-kanak kerana kedalamannya sehingga paras lutut dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan.

“Sebab itu saya jelaskan bahawa jambatan gantung Tongkungon yang sudah terlalu usang dan tidak selamat digunakan lebih mendesak,” Katanya.

Sementara itu, Pengerusi MPKK Kg.Lipasu/Kamansi  dan Tongkungon, Jairis Urik dan Lisoa Muyat dalam satu kenyataan bersama memberitahu, pembinaan jambatan baharu itu dilaksanakan dengan tidak mengambil kira kepentingan pengguna secara keseluruhannya.

Lisoa Muyat – MPKK Kg. Tongkungon

“Kami tidak menolak pembangunan, tetapi seharusnya keperluan mendesak perlu diutamakan,” jelas mereka.

Tinjauan ke lokasi mendapati kerja-kerja mengorek dan membesarkan sungai Bangkulat telah dilakukan oleh pemaju, bagi mengwujudkan kewajaran pembinaan jambatan baharu itu.

 1,267 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.