NEW DELHI: Organisasi Penelitian Luar Angkasa India (ISRO) gagal melancarkan satelit pemerhatian pencitraan bumi miliknya akibat masalah teknikal pada tahap kriogenik.
Wakil ISRO, K. Sivan berkata, misi tidak dapat diselesaikan sepenuhnya akibat masalah teknikal tersebut dan roket berpatah balik ke bumi.
Roket itu dilancarkan pada pukul 5.43 pagi waktu tempatan di Pusat Angkasa Lepas Satish Dhawan.
Setelah berjaya melepasi landasan, Roket GSLV-F10 milik ISRO gagal melancarkan satelit pemerhatian bumi EOS-3 ke orbit yang dituju.
Pelepasan itu merupakan usaha ISRO yang ketiga dalam pelancaran satelit di negara itu. –AGENSI