Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pergaulan remaja cetus kluster baharu Covid-19 di Keningau – Masidi

0

PERGAULAN bebas dikalangan remaja kampung di Keningau mencetuskan kluster baharu Covid-19 yang telah menjangkiti ahli keluarga, kata jurucakap krisis pandemik Datuk Masidi Manjun.

Menurut beliau, Kluster Jambatan Liawan – Keningau melibatkan jangkitan dalam komuniti di Mukim Tuarid Taud dan Lingkudau di daerah Keningau dan kes indeks merupakan lelaki, 26, yang dikesan positif COVID-19 melalui ujian RTK-Ag dalam saringan bergejala pada 14 Julai 2021 di sebuah klinik swasta di Keningau.

“Saringan kontak rapat pada 15 Julai 2021 pula mendapati enam kes RTK-Ag positif iaitu satu kes di klinik swasta dan lima kes yang dilaporkan daripada Pusat Kuarantin Sementara, IPG Keningau,” kata Masidi dalam kenyataan media hari ini.

“Pada 16 Julai 2021, 38 lagi kes RTK-Ag positif dikesan hasil saringan kontak rapat di lapangan.

Secara keseluruhannya, berbanding 256 kontak yang disaring, jumlah kumulatif kes positif bagi kluster ini mencatatkan 45 kes, termasuk 38 kes baharu.

Masidi berkata, Sabah hari mencatatkan kes amat tinggi dengan sejumlah 647 kes dikesan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu berkata, 44 peratus atau 287 kes berkenaan berpunca daripada kluster-kluster sedia ada termasuk kluster baharu iaitu Jambatan Liawan Keningau yang mencatatkan 38 kes.

“Kluster Penjara Kapayan menambah 204 kes baharu iaitu sejumlah 65.4 daripada  312 kes yang direkodkan di Kota Kinabalu.

“34 peratus atau 220 kes adalah berpunca dari kontak rapat dan Tawau turut mencatatkan kes tertinggi dalam kategori ini iaitu 58 kes,” katanya.

Masidi  berkata, Tawau pada semalam mencatatkan 78 kes, Keningau 39 kes, Kudat 35 kes, Sandakan 33 kes dan Sipitang 25 kes.

Sementara itu, Beaufort merekodkan 24 kes, Pitas 19 kes, Penampang dan Tuaran 13 kes, Semporna sembilan kes dan Putatan lapan kes.

“Kota Belud, Kota Marudu dan Beluran masing-masing mencatatkan tujuh kes baharu, Papar enam kes, Kinabatangan empat kes, Lahad Datu tiga kes dan Ranau dua kes.

“Kunak, Kalabakan dan Tongod pula masing-masing merekodkan satu kes sahaja. Daerah seperti Tambunan, Kuala Penyu, Nabawan, Telupid dan Tenom tidak mencatatkan sebarang kes baharu,” katanya.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.