Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Pembekalan air terawat di Transpegalan selepas menang — Khairy

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) N. 44 TULID

0
Calun USNO Mohamad Khairy Abdullah (Empat kiri) bersama penyokongnya di Sinulihan

PEMBEKALAN air terawatt menjadi keutamaan selepas memenangi pilihan raya ini … saya akan pastikan kemudahan ini akan dilaksanakan kepada  seluruh kampung-kampung dalam kawasan Transpegalan, kata calun Usno bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N. 44 Tulid, Mohamad Khairy Abdullah @ Anim.

Untuk rujukan, penduduk yang tinggal di sepanjang Transpegalan tidak mendapat bekalan air terawat sejak lebih 40 tahun.

Pembekalan air terawat di Transpegalan keutamaan selepas memenangi pilihanraya — Khairy

“Ia penafian hak kepada rakyat yang tinggal di sini, dan tidak sepatutnya berlaku pada ketika wakil-wakil rakyat yang mewakili mereka (rakyat Sook, kini Tulid) meraih kemenangan besar dan menjawat jawatan menteri,”

Saya perlu menjelaskan kepada anda (Wartawan) bahawa sepanjang tempoh lebih 40 tahun penduduk menggunakan pelbagai sumber air  tercemar untuk pelbagai keperluan, dan ianya tidak adil kepada rakyat di situ,” katanya kepada The Borneo Digest di Tulid hari ini.

Khairy yang merupakan anak jati Kampung Panagatan Ulu merupakan seorang bekas Wartawan yang dikenali, juga seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan memberitahu, penduduk di Transpegalan terpaksa berbelanja besar pada setiap hari untuk membeli air berbayar atau air botol untuk keperluan harian.

“Sebab itu saya utamakan pembekalan air terawatt kepada rakyat di kawasan ini (Transpegalan) apabila menang dalam pilihan raya ini,” tambahnya dan berkata, wakil rakyat terdahulu tidak fokus dalam kerja mereka.

“Mereka (wakil rakyat terdahulu) hanya menjadikan rakyat sebagai alat untuk keterusan politik,” katanya.

Menjawab satu soalan, Khairy merayu pengundi-pengundi di kawasan Transpegalan N 44 Tulid agar bersatu untuk mengundi dan memberi kemenangan kepada calun Usno di situ.

Khairy berada di petak No 4 dalam persaingan tujuh penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke – 16 ini. — OLeh: RUBY ELENOUR

 610 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.