KENINGAU (Sabah, Malaysia): Datuk Sairin Karno pada Ahad (23 Okt 2016) mengulangi pendiriannya untuk bertanding sekurang-kurangnya dua penggal lagi, sekali gus menafikan desas desus bahawa beliau pada pilihanraya ke-14 dikatakan memberi laluan kepada pemimpin lain bagi kerusi N 34 Liawan.
Mengajukan pertanyaan bahawa adakah rakyat bersetuju dengan cadangan itu, beratus pengundi yang menghadiri majlis santai bersama Datuk Sairin Karno di Kg. Muhibbah berkaya ‘ya’, dan yang lain bersorak selebihnya menterjemahkan sokongan dengan penuh emosi sambil menitiskan air mata.
“Kami mahu Sairin kekal sebagai pemimpin kami di sini (N 34 Liawan) .. beliau seorang yang memahami kami,” begitu pengakuan rata-rata penduduk di situ.
Sairin mewakili kawasan pilihanraya Liawan sejak tahun 2004, dan para pilihanraya ke-13 yang lalu merupakan penggal ketiga beliau mewakili kawasan itu.
Berucap ketika merasmikan majlis santai anjuran pengundinya di Kg Muhibbah, Sairin berkata, status kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Dato’ Seri Najib Razak berada ditahap teratas sebagai pilihan nombor satu rakyat Malaysia.
“BN adalah kerajaan terbaik, dan tidak ada sebab kenapa rakyat menolaknya,” jelasnya.
Sairin merupakan antara pemimpin terawal yang bertanggungjawab untuk membawa kemasukan Umno ke Sabah.