Saya sihat – Bung
Setiausaha Akhbar Bung, Jaafar Wahid mengesahkan gambar yang tular dirakam pada Tahun 2015 dan merupakan gambar lama
“SAYA sihat-sihat sahaja,” Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Bung Moktar mengesahkan situasi terkini mengenai kesihatannya.
Memetik hantaran yang beliau muatnaik dalam laman Facebook peribadinya, Bung berkata;
“.. Gambar yang menunjukkan saya terbaring di katil dan tular adalah gambar lama,”.

Bung memberitahu bahawa beliau bersama keluarga sedang berehat di Kuala Lumpur selepas menghadiri prosiding mahkamah pada jumaat lepas.
“Kepada semua rakan-rakan dan juga musuh-musih politik, jangan bimbang (don’t worried) saya kekal di posisi yang tenang dan masih sihat dalam perlindungan Allah” Jelasnya.
Menurut Pengerusi Barisan Nasional Sabah itu beliau akan bersama rakyat dan penyokong-penyokong BN di Kota Belud pada 10 Oktober 2022 untuk melancarkan program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Pilihanraya Kota Belud dan Tuaran.
Sementara itu Setiausaha Akhbar Bung, Jaafar Abdul Wahid berkata sejak petang Ahad beliau tidak henti-henti menerima panggilan dan WhatsApp dari kalangan beberapa pemipin dan rakan-rakan Bung untuk bertanyakan khabar ekoran tularnya sekeping gambar di media sosial, yang menunjukkan Bung terbaring di atas katil sambil diziarahi Seituasha Agung Umno Datuk Ahmad Maslan dan Menteri Pelancongan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Jafry Arifin seolah-olah memberikan gambaran Bung sakit dan sedang menerima dalam rawatan.
” Gambar tersebut merupakan gambar lama sekitar tahun 2015/2016 ketika Bung balik dari menjalani rawatan buah pinggang di China, yang sengaja disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan untuk menjejaskan reputasi bung dalam kerjaya politiknya” jelas Jaafar.
Sehubungan dengan itu beliau meminta orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu yang tularkan di media sosial.
“Penyebaran berita palsu itu berniat jahat dan sengeja dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab untuk tujuan menyerang peribadi Bung,” Jaafar memberitahu ketika dihubungi lewat pada Ahad.
375 total views, 1 views today