Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Piala Matasan – Jerman dan North Borneo catat kemenangan

North Borneo yang menewaskan Belanda 6-1.

0

Oleh DG HENRY

PASUKAN “Jerman” dan North Borneo masing-masing meraihkan kemenangan dalam perlawanan bagi minggu kedua Kejohanan Bolas Sepak Piala Matasan Ahmad di padang TABS SUKMA, semalam.

North Borneo yang menewaskan Belanda 6-1.

Jerman mengalahkan pasukan yang menggelarkan diri mereka, Brazil 2-1 selepas mendahului lawan 1-0 pada saingan separuh masa pertama.

Bermain dalam keadaan padang basah, pasukan itu menambahkan satu gol lagi pada babak separuh masa kedua namun pasukan lawan memperoleh gol tunggal hasil daripada sepakan sudut disempunakan dengan baik pemain Brazil.

Bagi pasukan Jerman, ia merupakan perlawanan kedua mereka selepas mencatat keputusan seri 4-4 dengan Mexico minggu lepas.

Sebelum itu, pasukan North Borneo yang turun dalam perlawanan pertama mereka berjaya menumpaskan pasukan Belanda 6-1.

Perlawanan itu menyaksikan North Borneo memanfaatkan setiap ruang yang ada untuk mereka menghasilkan gol bagi terus memintas lawan.

Bagaimanapun, Belanda tidak berputus asa dan terus berusaha mendapatkan jaringan yang akhirnya pasukan itu berjaya melakukan jaringan tunggal untuk memecahkan kebuntuhan.

Pihak penganjur liga itu, Roslan Wasli memberitahu, kejohanan itu akan merebut Piala Liga dan Piala Pusingan yang ditawarkan kepada pemenang.

Katanya, perlawanan itu kini sudah berlangsung dua minggu dan ia akan diteruskan pada setiap hujung minggu dengan menetapkan dua perlawanan diadakan.

Empat pasukan teratas dalam saingan liga dalam kumpulan akan melayakkan diri ke separuh akhir.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi TABS SAFA Bandaraya, Lokman Sunggim berkata, kejohanan itu mungkin akan diadakan sebagai acara tahunan berikutan sambutan memberangsangkan pasukan yang mengambil bahagian.

“Kita akan pertimbangkan perkara ini dan memang tiada masalah bagi TABS untuk mengadakannya setiap tahun,” katanya yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA).

Menurut beliau, pihaknya akan berbincang dengan unit kejurulatihan selaku penganjur untuk menambahbaik penganjuran kejohanan itu termasuk menyediakan hadiah lebih menarik selain kejuaraan liga dan Piala Pusingan.

 

 

 109 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.