Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sup Yumpil Anak Garai OCPD Keningau

0

Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

SUP YUMPIL ANAK GARAI

KENINGAU: Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu Superitendan Yumpil Anak Garai berkata, beliau berjanji mengalas tugas dengan gigih, dan menunaikan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“.. Dan sama sekali tidak akan mengecewakan harapan yang diletakkan ke atas saya untuk mengemudi PDRM Keningau,” Katanya ketika menyampaikan ucapan di Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Keningau, Pengerusi PERKEP Daerah Keningau baru-baru ini.

Yumpil mengambil alih tugas Ketua Polis Daerah Keningau daripada Deputi Superitendant Polis Puan Nor Rafidah Binti Kasim, yang akan memulakan tugas baharu sebagai Pegawai Turus (D10) Forensik Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontigen Sabah.

Nor Rafidah bertugas sebagai Ketua Polis Daerah Keningau selama 19 bulan, dan sepanjang tempoh tersebut beliau telah memertabatkan PDRM sebagai pasukan yang dihormati oleh pelbagai lapisan masyarakat di daerah itu.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Ketua Polis Sabah Shahurinain Bin Jais yang menyifakan Nor Rafidah sebagai satu-satunya Ketua Polis Daerah dikalanagan kaum wanita di Sabah yang cemerlang dalam tugas kopolisian.

Yumpil yang merupakan anak Kelaharian Bumi Kenyalang Sarawak berkata, beliau menzahirkan akujanji untuk meneruskan kecemerlangan PDRM Keningau dalam mengekang dan mencegah anasir yang cuba mengugat  keharmonian masyarakat dan mencegah jenayah demi keselamatan rakyat di daerah Keningau.

“Saya juga akan meneruskan dasar-dasar  sedia ada yang berkesan dan merangka inisiatif baharu dalam usaha mengurangkan Fear Of Crime dikalangan masyarakat,” Katanya.

Ketua Polis Daerah itu menyeru seluruh warga PDRM di daerah itu agar terus memberi bantuan dan kerjasama kepadanya, seperti mana yng diberikan kepada Ketua Polis Daerah yang terdahulu.

“Fokus pasukan kita ialah memastikan visi dan misi tercapai seterusnya menghasilkan mutu perkhidmatan yang cemerlang,” Tegasnya.

Yumpil meyertai pasukan polis sebagai konstabel pelatih pada 22 Mei 1988 dan mencipta pelbagai kecemerlangan dalam tugas, antaranya sebagai penyiasat bagi kes culik dan siasatan kes ATIPSOM.

Sebelumnya dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Keningau, Yumpil merupakan   Pegawai Turus (D10) Forensik Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah.

Seluruh rakyat Keningau mengalu-alukan kedatangan Yumpil ke daerah itu dan mengucapkan tahniah diatas perlantikan Ketua Polis Daerah Keningau yang baharu.

 2,175 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.