Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Keluarga pelombong hilang dirikan solat jenazah ghaib

0

BANYUMAS: Ibadah solat jenazah ghaib dilakukan di lokasi lapan pelombong emas terperangkap di Desa Pancurendan di Jawa Tengah kelmarin selepas usaha pencarian selama lebih tiga hari menemui jalan buntu.

Kompas.com melaporkan, keluarga mangsa, penduduk setempat dan seluruh anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) mendirikan solat jenazah berkenaan kira-kira pukul 1.30 petang (waktu tempatan) yang kemudiannya diikuti dengan doa bersama-sama.

Acara itu diakhiri dengan perarakan meletakkan bunga di lokasi pekerja itu terperangkap oleh ahli keluarga dan sukarelawan yang terlibat dalam operasi berkenaan.

Suasana pilu menyelubungi keluarga yang menghadiri majlis tersebut dan ramai yang hadir  tidak dapat menahan air mata ketika mereka menabur bunga ke dalam lubang berkenaan.

Bunga juga diletakkan pada papan tanda di hadapan pondok pelombong mengandungi nama kesemua mangsa yang terperangkap.

Keluarga mangsa bersepakat mengadakan solat jenazah ghaib selepas pasukan SAR sudah tidak melihat tanda-tanda kehidupan di lokasi kejadian.

Ketua Polis Banyumas, Kombes Edy Suranta Sitepu berkata, pihaknya sudah menutup lombong emas haram di perkampungan itu termasuk dua lagi tapak serupa di daerah Gumelar kira-kira 15 kilometer dari lokasi kejadian.

“Aktiviti perlombongan tradisional di sini amat berbahaya dan tidak menepati standard keselamatan. Kami sudah menutup lokasinya dan akan mengawal tempat ini sepanjang masa dengan bantuan pegawai dan ketua mukim,” katanya.

 

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.