Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tan Sri Pandikar Amin Mulia kini Pengerusi Jemaah penasihat Strategi USNO Sabah

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia) – Mantan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dilantik sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi parti Usno (Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu).

Ketua Penerangan Usno Sabah Datuk Musli Oli mengumumkan perlantikan mantan Speakar Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Pandikar Amin Mulia sebagai Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi parti Usno Sabah berkuatkuasa 30 Jun ini.

Mengumumkan perlantikan itu kepada The Borneo Digest, Ketua Penerangan Usno Musi Oli memberitahu, perlantikan itu berkuatkuasa pada 30 Jun 2019.

“Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Usno hari ini (30 Jun 2019) sebulat suara mencadang dan menyokokng perlantikan Pandikar,”

“Usno menghargai pengalaman besar beliau (Pandikar) untuk membawa parti ini (Usno) untuk lebih berdaya saing untuk menghadapi Pilihanraya Umum (PRU-15) yang akan datang,” katanya.

TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA
Pengerusi Jemaah Penasihat Strategi Usno Sabah

Musli berkata bahawa parti itu (Usno) akan mengambil alih tampuk kerajaan negeri selepas PRU-15 dengan melihat Usno kini menjadi parti pilihan rakyat berbilang bangsa di negeri ini.

Pandikar ketika dihubungi memberitahu bahawa beliau menerima dan mengucapkan terima kasih kepada seluruh pimpinan Usno yang memberi kepercayaan kepada beliau sebagai sebahagian keluarga parti itu.

 2,396 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.