Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tegur pelajar hisap rokok, guru hampir buta kena lastik

0

BENGKULU: Seorang guru di Rejang Lebong nyaris kehilangan mata kanannya kerana dilastik bapa seorang pelajar dalam satu kejadian, kelmarin.

Zaharman, 58, turut diancam dengan senjata oleh bapa pelajar tersebut.

Insiden itu berlaku selepas bapa tersebut tidak menerima anaknya ditegur oleh Zaharman kerana merokok di belakang sekolah ketika waktu pembelajaran.

Biarpun menjadi mangsa, Zaharman juga disiasat polis selepas pelajar tersebut membuat laporan polis mendakwa guru itu melakukan kekerasan terhadapnya.

Jurucakap polis Rejang Lebong, Denyfita Mochtar mengesahkan perkara berkenaan.

“Pelajar itu mendakwa Zaharman menendangnya di bahagian muka sebelah kiri.

“Pelajar itu turut membawa laporan perubatan mengenai kecederaan pada bahagiam pipinya.

Pelajar itu menegaskan dia tidak merokok seperti yang didakwa guru berkenaan,” kata Denyfita.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan, polis masih mengumpul semua bukti bagi membolehkan pendakwaan dibuat.

 

 565 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.