Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Petani hilang ketika berburu di Tenom

0

TENOM (Sabah Malaysia): –Seorang petani tempatan dari Kg. Mansasoh Tenom, Tibol Kapisoh, 52, (gambar) dikhuatiri hilang ketika memburu di kawasan hutan berhampiran sejak Selasa lepas (19 April 2016).IMG-20160423-WA0077-1

Polis Tenom mengesahkan laporan kehilangan Tibol, sebagaimana yang dibuat oleh adik mangsa – Sumil Kapusoh yang memberitahu bahawa abangnya bersama IMG-20160423-WA0077-2enam ekor anjing peliharaan tidak kembali ke rumah sejak Selasa yang lalu.

Sumil dipetik sebagai berkata dalam laporan polis yang dibuat pada Jumaat (22 April 2016) bahawa abangnya tidak pernah berburu di kawasan hutan itu melebihi tiga hari.

Ketua Polis Tenom Deputi Supritenden Polis (DSP) Mohamad Firdaus Abdullah melancarkan operasi mencari dan menyelamat sejurus selepas menerima laporan itu.

Pasukan Sukarelawan Bomba dan Penyelamat serta penduduk setempat turut terlibat dalam operasi itu.

Sehingga berita ini ditulis, mangsa masih belum ditemui tetapi pasukan mencari dan menyelamat telah memperluaskan  pencarian di lokasi lima kilometer kawasan hutan berbukit melalui empat kumpulan.

Operasi mencari itu turut dibantu oleh empat ekor anjing mangsa yang berjaya pulang ke kampong halaman selepas hilang beberapa hari.

Mangsa dikatakan hanya membawa sebilah parang dan enam ekor anjing ketika keluar berburu ke kawasan hutan itu. – Oleh: KALAWON SALANGIT.

 

 880 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.