Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Tunjukkan kecekalan dan komitmen tinggi – Hajiji

0

 

KETUA Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mahu kecekalan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh setiap pelatih ketika dalam latihan terus diamalkan semasa melaksanakan tugas sebagai seorang anggota penyelamat di lapangan.

Beliau berkata sebagai perkhidmatan yang dianggap ‘a noble profession’ atau profesion yang mulia, masyarakat memandang tinggi terhadap kecekapan, kesiapsiagaan dan pengorbanan anggota bomba dalam memastikan keselamatan serta kesejahteraan rakyat terpelihara dan terjaga.

“Tradisi dan legasi ini hendaklah diwarisi setiap lapisan warga bomba, khususnya pegawai baharu dalam perkhidmatan. “Saya percaya latihan yang diperoleh terutama menerusi modul latihan asas Kursus Sijil Sains Kebombaan ini akan merubah pelatih daripada seorang awam kepada seorang yang mengamalkan budaya kerja perkhidmatan beruniform melalui pembentukan keperibadian yang unggul, keberanian dan tidak mementingkan diri.

“Justeru, saya mahu semua anggota baharu seramai 148 orang ini akan memanfaatkan sepenuhnya ilmu yang diperoleh sepanjang latihan untuk menjalankan tugas dengan lebih berkesan,” katanya ketika merasmikan Majlis PerbarisanPertauliahan Sijil Sains Kebombaan Siri 1/2022 di Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia di sini pada Khamis.

Terdahulu Ketua Menteri dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan PesuruhjayaBomba Kehormat dalam satu Istiadat Penganugerahan Pangkat Kehormat yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Dato Sri Ts Mohammad Hamdan Wahid.

Turut menerima penganugerahan ialah Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri  yang juga Menteri Kewangan II negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, yang dianugerahkan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Bomba Kehormat.

Yang turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr Safar Untong, Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Sarul Bahiyah Abu dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri Sabah, Abdul Razak Muda.

 447 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.