Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Wanita sujud depan lelaki yang tagih cintanya selama lima tahun

0

SEORANG wanita terpaksa bersujud di depan seorang lelaki yang tidak berputus asa menagih cintanya selama lima tahun.

Berdasarkan video yang tular dalam media sosial di China itu, wanita tersebut dilihat bercakap dengan lelaki itu seolah-olah memujuknya, sebelum bersujud di depannya.

Wanita itu juga dilihat membaling bunga yang diberikan lelaki tersebut.

Media tempatan melaporkan, lelaki tersebut terus menagih cinta dari wanita itu biarpun sudah banyak kali cintanya ditolak.

Disebabkan sudah tidak tahan dengan gangguan lelaki itu, wanita tersebut sanggup sujud di depan lelaki berkenaan agar dia tidak lagi diganggu.

Wanita itu juga merayu agar lelaki tersebut meninggalkannya dan meminta dia mencari wanita lain.

Namun, video itu berakhir tanpa orang ramai mengetahui apakah pengakhiran kepada ‘drama’ tersebut.

 476 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.