Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan Selar Adun Bingkor

0

PARTI Warisan menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bingkor Datuk Robert Tawik tidak faham objektif program pengenalan digital kepada warga asing di negeri Sabah.

“kenyataan beliau bercanggah dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Pekerja Serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah Datuk Seri  Dr Jeffrey Kitingan,”.

“Adun Bingkor mengelirukan rakyat,” tegas seorang pemimpin kanan parti itu di Bingkor, James Henry.

James memetik ucapan wakil rakyat itu ketika merasmikan Pesta Ka’amatan Persatuan Penjaja Bingkor yang meminta agar penduduk di daerah itu supaya tidak terpengaruh dan terpedaya dengan tuduhan pihak tidak bertanggungjawab mengenai program pengenalan digital yang diperkenalkan oleh kerajaan.

Wakil Rakyat itu dipetik sebagai berkata dalam ucapannya, bahawa program pengenalan digital itu tidak bertujuan untuk memberikan dokumen kepada warga asing.

“Ia adalah program yang bertujuan untuk mengumpul data warga asing yang ada di Sabah seterusnya dapat membantu kerajaan mengenalpasti jumlah warga asing serta keberadaan mereka,” Adun Bingkor dipetik sebagai berkata.

James menyelar kenyataan itu dan berkata,  wakil rakyat itu seharusnya  bersikap lebih telus dan lebih berterus terang di dalam memberikan pemahaman berkenaan perkara ini kepada masyarakat.

“Ini adalah kerana setiap rakyat adalah “stakeholder” dan mereka berhak untuk tahu dan faham,” katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada pengamal media.

James berpendapat bahawa apabila program itu (pengenalan digital) diberikan kepada pendatang tanpa izin menerbitkan pelbagai istilah selepas ini.

“Ia mungkin dikenli sebagai ‘kad warga asing’ .. adakah ini bukan mendokumenkan warga asing?,” Tanya James dan menambah program itu satu laluan kepada pelbagai kemungkinan yang akhirnya menghalalkan keberadaan pendatang tanpa izin di Sabah.

pengenalan digital itu mungkin akan dikenali dalam pelbagai nama seperti KAD WARGA ASING”. Adakah ini bukan mendokumenkan warga asing?

Pemimpin parti Warisan Bingkor itu mahu supaya Adun Bingkor perlu lebih telus untuk menjawab persoalan-persoalan itu.

“Kenapa kerajaan tidak menghantar sahaja warga asing tanpa izin itu pulang ke negara asal mereka sebagaimana yang diperjuangkan parti Star ketika perhimpunan Black Sunday ketika berada dalam blok pembangkang dahulu,” soal James.

Pengerusi Jawatankuasa Khas mengenai Pekerja serta Warga Asing Tanpa Dokumen Sah, Datuk Seri Dr. Jeffrey dipetik sebagai berkata ketika mengumumkan keputusan cadangan pemberian pengenalan digital itu berkata, pendigitalan  itu akan membolehkan data warga asing dimasukkan dalam satu sistem bersepadu yang akan dikawal selia oleh Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan.

“Pengeluaran pengenalan digital itu akan membantu menyelesaikan masalah warga asing yang sudah berlanjutan di Sabah sejak lebih 30 tahun lalu,”.

“Kita akan mengambil masa selama tiga hingga enam bulan bagi melaksanakan pengumpulan data dan seterusnya memberi identiti kepada warga asing yang berada di Sabah.

“Pada peringkat permulaan, kita mewujudkan satu bank data digital secara bersepadu yang boleh dikemas kini setiap masa,” katanya.

Pengenalan digital itu membabitkan warga asing yang memegang dokumen standard yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri sebelum ini iaitu Kad Burung-Burung, Sijil Banci dan IMM13.

Jeffrey dipetik sebagai berkata, bahawa persetujuan yang dicapai melalui townhall itu akan dibentangkan kepada Kabinet Negeri sebelum dikemukakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

 

 

 1,440 total views,  3 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.