Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Warisan terdesak – Rubin

0

KOTA KINABALU (Sabah, Malaysia): Parti Warisan semakin terdesak sehingga membuat tuduhan dan andaian jahat terhadap Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Naib Presiden II Gagasan Rakyat, Datuk Rubin Balang berkata, Warisan yang semakin hilangan sokongan dan pengaruh sengaja membuat tuduhan jahat dan tidak berasas terhadap GRS dan Gagasan Rakyat.

Beliau berkata, dakwaan Warisan bahawa GRS dan Gagasan Rakyat akan meninggalkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan seperti yang didakwa oleh Ketua Penerangannya Datuk Mohd Azis Jamman merupakan tuduhan yang berniat jahat tanpa sebarang bukti.

Menurutnya, Warisan yang menghadapi krisis sokongan berikutan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), ahli-ahli dan penyokongnya  meninggalkan parti tu, terpaksa menggunakan helah GRS dan Gagasan Rakyat akan tinggalkan PM untuk mendapatkan perhatian penyokong dan rakyat.

“Ini amat jelas bahawa Warisan semakin terdesak dan bimbang dengan pengaruh dan kekuatan GRS dan Gagasan Rakyat yang semakin mendapat sokongan daripada rakyat negeri ini”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Rubin mengulas kenyataan Aziz yang mendakwa GRS dan Gagasan Rakyat akan menjadi parti pertama meninggalkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun, jika politik negara bergolak sekali lagi.

Rubin berkata, Aziz tidak perlu bimbang terhadap soal sokongan GRS dan Gagasan Rakyat kepada PM, sebaliknya beliau sepatutnya bimbang dengan trand  semakin ramai pemimpin dan ahli-ahli Warisan meninggal parti itu sejak akhir-akhir ini.

Katanya, tidak timbul soal GRS dan Gagasan Rakyat akan meninggalkan PM kerana persefahaman, hubungan dan kerjasama yang erat diantara Kerajaan Negeri pimpinan Hajiji dan Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar.

 

 1,032 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.