Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Gempa bumi 7.1 magnitud di selatan Jepun

0

TOKYO: Gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud menggegar selatan Jepun dan amaran tsunami dikeluarkan, hari ini.imej gempa di jepun

Gempa itu melanda wilayah Kumamoto pada kira-kira jam 1:25 pagi waktu tempatan.

Pada malam Khamis kawasan yang sama dilanda gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang menyebabkan sembilan orang terkorban dan lebih 800 orang mengalami kecederaan.

Sehubungan itu, Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami setinggi satu meter di sepanjang pantai timur pusat gempa di Kumamoto.

Agensi itu berkata, sebahagian ombak sudah sampai ke kawasan pantai Ariake dan Yatsushiro tetapi tiada sebarang perubahan menerusi sedutan video

NHK.

Siren kenderaan peronda kedengaran ketika laporan NHK dari kawasan bandar yang terjejas teruk di Mashiki.

Kawasan luar dewan orang ramai terdapat kesan retak terbaharu akibat gempa bumi berkenaan.

Selain itu, pusat gempa awal pagi berkenaan ialah kira-kira 12 kilometer barat laut pada kejadian Khamis lalu dan kedalaman kira-kira 10 kilometer, iaitu lebih cetek.

Sementara itu, amaran tsunami yang dikeluarkan ditarik balik dan tiada perubahan dilaporkan terhadap tiga loji nuklear selepas susulan gempa terbaharu berkenaan.

Agensi Meteorologi Jepun turut melaporkan sebahagian penduduk mengalami kecederaan dan terperangkap di sekitar kawasan Kumamoto. – Agensi

 

 606 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.