Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

12 pasukan berentap dalam liga wanita nasional peringkat Sabah

0

Oleh DG HENRY

SEBANYAK 12 pasukan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Liga Wanita Nasional Peringkat Sabah yang bermula di sini pada Khamis lalu.

Pasukan-pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan itu bergambar dengan Jelani (barisan tengah)

Pasukan yang mengambil bahagian membabitkan enam zon dari seluruh Sabah dan masing-masing menghantar dua pasukan kejohanan tiga hari itu.

Pasukan terbabit ialah Pantai Barat Utara A, Pantai Barat Selatan A, Pantai Timur B, Pantai Barat A, Pantai Timur Selatan A, Pantai Barat Selatan B, Pedalaman Atas A, Pantai Timur Selatan B, Pantai Barat B, Pantai Timur A, Pedalaman Atas B dan Pantai Barat Utara B.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Dr Jelani Hamdan melakukan sepak mula liga itu di padang SAFA pagi ini.

Ia turut dihadiri Setiausaha Ekssekutif SAFA, David Wisom dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita SAFA, Datuk Dr Fadilah Sarbi.

Dr Jelani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita SAFA, berkata liga itu akan mengenal pasti beberapa pemain wanita baharu yang berpotensi untuk diserapkan ke pasukan negeri.

Katanya, bakat-bakat baharu ini akan menjadi tambahan kepada pemain Sabah yang sedia ada bagi memantapkan lagi pasukan.

“Mudah-mudahan lebih ramai pemain berbakat dapat diketengahkan sepanjang liga ini,” tambahnya.

Beliau juga mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ketua penyelaras zon dan pengurus-pengurus pasukan atas usaha dan komitmen mereka menyediakan pasukan masing-masing untuk bertanding dalam kejohanan itu.

Menurut beliau, pihaknya berharap semua pasukan dapat menampilkan pemain-pemain mereka yang berbakat selain bertanding dengan penuh semangat kesukanan.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.