Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

13 maut terjatuh dalam perigi

0

SERAMAI 13 orang maut,  tujuh wanita dan enam kanak-kanak perempuan selepas terjatuh ke dalam perigi ketika meraikan majlis perkahwinan di Kushinagar, Uttar Pradesh (India) pada Rabu.

Ketika kejadian, kesemua mangsa duduk atas kepingan besi yang menutupi lubang perigi lama tersebut.

Kepingan besi itu dipercayai tidak dapat menampung beban berat semua mangsa menyebabkannya runtuh dan mereka terjatuh ke dalam perigi.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Beberapa video yang tular menunjukkan ahli keluarga meratapi kematian mereka.

Jurucakap polis, Akhil Kumar berkata, kebanyakan mangsa mengalami kecederaan parah yang menyebabkan kematian mereka.

“Kepingan besi itu tidak dapat menampung beban berat mereka dan runtuh secara tiba-tiba.

“Insiden itu amat menyedihkan dan penduduk diminta supaya tidak lagi duduk di atas lubang perigi,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri India, Narendra Modi menzahirkan rasa sedih terhadap insiden yang  berlaku. – AFP

 

 189 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.