Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bintai Kinden pemegang saham besar MGRC

0

BINTAI Kinden Corporation Bhd. (Bintai Kinden) muncul pemegang saham terbesar terbaru di dalam Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (MGRC), pakar peneraju genom dan biofarmaseutikal.

Bintai Kinden kini merupakan pemegang saham sebanyak 5.03 peratus kepentingan di dalam MGRC, berikutan pengambilalihan 6.25 juta saham oleh Bintai Trading Sdn. Bhd., subsidiari milik penuh Bintai Kinden, pada 17 Februari 2022.

MGRC dalam kenyataannya berkata, pihaknya mengalu-alukan kemasukan Bintai Kinden Corporation Berhad yang merupakan pakar di dalam perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal untuk sektor pembinaan, ke dalam MGRC ini.

“Susulan pengambilalihan itu, Noor Azri Datuk Sri Noor Azerai, yang disusun semula jawatannya sebagai Pengarah Eksekutif MGRC berkuatkuasa 16 Februari 2022, akan menguruskan fungsi pembangunan perniagaan, sumber manusia dan kewangan Kumpulan,” kata MGRC lagi.

Mengulas lanjut, Azri telah melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bintai Kinden sejurus mengambil alih peranan baharunya di MGRC, tetapi akan kekal di dalam Lembaga Pengarah Bintai Kinden sebagai Pengarah Eksekutif.

Sementara itu, Azri mengulas mengenai peranan baharunya di MGRC, Azri Azerai berkata, terdapat sinergi di dalam kedua-dua syarikat yang boleh dimanfaatkan dengan Bintai Kinden mempelbagaikan perniagaannya dengan menyertai sektor penjagaan kesihatan menerusi pengambilalihan Johnson Medical International Sdn. Bhd. (JMI) pada November 2021.

“Kami melihat wujud banyak peluang yang MGRC dan Bintai Kinden boleh sama-sama sertai dan menggunakan kekuatan masing-masing,” katanya lagi.

JMI mengkhusus di dalam projek pembinaan dan pembangunan fasiliti perubatan di mana ia menyediakan rumusan kejuruteraan perubatan seperti bilik bedah, wad penjagaan kritikal dan sistem penyaluran gas perubatan.

JMI juga merupakan pedagang peralatan dan pembekalan perubatan.

“Kami mahu kedua-dua MGRC dan Bintai Kinden meraih manfaat bekerja bersama-sama. Dengan saya berada di Lembaga Pengarah kedua-dua syarikat, kita akan penyelarasan dan fokus yang lebih baik di mana kedua-dua syarikat boleh mencari peluang-peluang untuk berkembang kerana terdapat potensi besar bagi kedua-duanya,’’ kata Azri. – SM

 

 339 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.