Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

18 terkorban serangan udara Israel di Gaza

0

GAZA: Serangan udara yang dilakukan tentera zionis Israel di Gaza tengah malam tadi membunuh sekurang-kurangnya 18 orang termasuk 10 daripadanya dalam satu serangan di sebuah rumah. Dalam serangan udara yang berlaku, kira-kira 10 orang terbunuh dengan 15 daripadanya cedera apabila sebuah rumah milik keluarga Al-Qassas di kem pelarian Nuseirat, Gaza Tengah, diserang. Agensi pertahanan awam Gaza mengesahkan jumlah kematian dengan jurucakapnya Mahmud Bassal berkata serangan itu berlaku pagi ini. Agensi berkenaan turut mendedahkan bahawa enam rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara yang serupa malam sebelumnya, kerana terkena sebuah rumah milik keluarga Bassal di kawasan Zeitun, Bandar Gaza.

Kawasan itu sering menjadi sasaran serbuan tentera Israel sejak perang bermula pada Oktober lalu.

Perang di Gaza tercetus selepas serangan oleh pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu di selatan Israel, yang mengakibatkan kematian 1,205 orang, kebanyakannya orang awam.

Serangan balas tentera Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 41,206 orang di Gaza, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.