Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

27 maut, bas dinaiki jatuh gaung

0

PAKISTAN: Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh dalam satu kejadian sebuah bas terjunam ke dalam gaung di barat daya Pakistan hari ini, kata pegawai hospital dan kerajaan.

Nahas berlaku sekitar tengah pagi di bandar Basima di wilayah Balochistan ketika bas itu dalam perjalanan dari bandar Turbat ke Quetta.

Seorang pegawai, Ismail Mengal, berkata ketika kejadian pemandu sedang membelok di kawasan pergunungan sebelum kenderaan itu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung sekaligus menyebabkan 27 orang terkorban.

“Kami masih menyiasat punca kejadian. Mungkin pemandunya tertidur atau memandu laju sehingga menyebabkan kemalangan.

“Manakala lebih 25 penumpang, termasuk pemandu, mengalami kecederaan,” katanya.

Ketua doktor di Hospital Awam Basima, Noor Ullah memaklumkan kesemua mangsa dibawa ke hospital, termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak. Perdana Menteri, Shehbaz Sharif bersimpati dan sedih atas kejadian yang menimpa kesemua mangsa.

Kemalangan jalan raya dengan kematian yang tinggi adalah perkara biasa berlaku di Pakistan, berikutan langkah keselamatannya longgar, latihan pemandu kurang baik dan infrastruktur pengangkutan sering uzur.

Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dan 41 cedera dalam nahas pada April ketika mereka pergi ke sebuah kuil di daerah Hab Balochistan.

Pada Januari tahun lalu, sebanyak 41 orang terbunuh apabila bas mereka, yang turut dimuatkan dengan bekas minyak mudah terbakar, terbabas dari jalan ke lembah sebelum terbakar. – AFP

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.