Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Kerajaan Perpaduan beri perhatian kepada semua kaum

0

Oleh DG HENRY

Ewon disambut meriah oleh masyarakat Asli di Perak

SLIM RIVER (PERAK): Datuk Ewon Benedick berkata, erajaan Perpaduan memberi perhatian kepada lapisan masyarakat  di negara ini.

“Ini termasuk bumiputera, bukan bumiputera, orang asal Sabah dan Sarawak,” Katanya ketika merasmikan pembinaan pusat pelancongan Eko Jerawok di Kampung Sungai Jerawok, di sini pada Ahad.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, eko pelancongan adalah satu produk  yang amat popular bukan sahaja dikalangan pelancong tempatan tetapi luar negara.

Mesra .. Ewon sempat mengaabdikan gambar kenangan bersama kanak-kanak Orang Asi di Kg. Sungai Jerawok Perak

“Di Kadamaian dan Penampang iaitu kawasan yang saya wakili, ramai usahawan mengusahakan eko pelancongan seperti di Eko Jerawok, sama ada melalui koperasi atau secara individu.

“Sebab itu, saya hadir untuk memberi sokongan penuh kepada pengusaha eko pelancongan luar bandar atau pelancongan komuniti di sini dan berharap apabila siap sepenuhnya, pusat pelancongan ini akan menjadi antara pilihan utama pelancong,” katanya.

Eko pelancongan itu diusahakan oleh tiga usahawan wanita orang asli dan menerima pembiayaan daripada Tekun Nasional sebanyak RM60,000 melalui Skim Pembiayaan Orang Asal.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.