Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Sungai Pegalan bukan habitat buaya

Pejabat Hidupan Liar nasihat kaki pancing sentiasa waspada

0

eksklusif

Pegawai Penguasa Pejabat Hidupan Liar Keningau Jaikin Kubis (kanan) meninjau paya yang didakwa penduduk terserampak buaya

JABATAN Hidupan Liar Sabah mengesahkan Sungai Pegalan bukan habitat buaya, tetapi tidak menafikan kewujudan reptIlia itu di situ.

Di paya ini buaya didakwa oleh penduduk sering kelihatan

Pegawai jabatan itu di daerah Keningau Jaikin Kubis berkata, keberadaan reptIlia itu di situ kemungkinan disebabkan terlepas daripada kawalan pemelihara reptilia itu.

“Kita tidak menafikan ia (buaya) terlepas daripada kandang peminat reptilia itu,” Katanya.

Pada Khamis Pegawai Penguasa Pejabat Hidupan Liar Daerah Keningau itu mengetuai operasi mengesan dan menjejaki reptIlia itu di kawasan paya Sungai Mati Pegalan berhampiran Kg. Labak dan gagal menemui sebarang petunjuk bahawa reptIlia itu mengungsi di situ.

The Borneo Digest dalam laporan eksklusifnya pada edisi awal minggu melaporkan penemuan sarang dan cengkerang telur yang sudah menetas di kawasan semak sungai mati Pegalan yang sinonim dalam nama tempatan sebagai Ganipis.

Penduduk mendakwa sepanjang dua tahun kebelakangan ini penduduk sering melihat reptIlia itu timbul dipermukaan sungai mati Pegalan, selain beberapa ekor berjaya ditangkap sama ada melalui renjetan elektrik atau pancing.

Jaikin menasihatkan orang ramai khususnya kaki pancing di daerah keningau dan sekitar supaya tidak cemas kerana situasi terkawal.

Sementara itu pandangan ‘pro dan kontra’ dikalangan orang ramai masih rancak diperdebatkan yang setengahnya begitu optimis bahawa reptIlia itu benar-benar wujud di Sungai Pegalan.

Buaya merupakan rumpuan reptilian pemangsa besar spara akuatik yang tergolong dalam order crocodilian atau crocodylia. Reptilia ini mula-mula muncul 83.5 juta tahun dahulu pada akhir usia kapur (tahap campanian) dan merupakan saudara hidup bagi burung kerana kedua-dua rumpun ini adalah ahli archosauria yang tinggal. – Oleh: EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.