
PERSATUAN Kebudayaan Dan Kebajikan Ektnik Kujau Gana Nabai Sabah ( KGNS ) memberi sokongan dan aprisiasi yang tidak berbelah bahagi terhadap segala usaha berterusan Wakil Rakyat Bingkor Datuk Robert Tawik @ Nordin untuk mengubah lanskap pembangunan Bingkor.
Presidennya Petronella Munting berkata, rakyat Bingkor perlu bersatu dalam membantu usaha-usaha yang dilakukan oleh pemimpin itu.
“Beliau (Robert) tidak boleh dibiarkan berseorangan,”
“Kita perlu bersatu, bekerjasama dan sepakat untuk menggalas tugasan untuk memastikan Bingkor membangun,” Katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rbu.
Petronella berkata, rakyat Bingor sewajarnya bersyukur kerana mempunyai seorang wakil rakyat yang memahami aspirasi rakyat selain perihatin terhadap keperluan rakyat.
Berbanding sebelum ini tambah Petronella, Bingkor kini mula berubah wajah dengan pembangunan yang semakin pesat.