SIMUNJAN (Sarawak,Malaysia): — Ketika Merdeka Center mengumumkan dapatan sebanyak 81 peratus daripada 815 responden pengundi Sarawak yang berpuas hati dengan prestasi Tan Seri Adenan Satim, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) mengingatkan rakyat negeri itu supaya tidak mudah leka.
Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, bahawa rakyat Sarawak perlu memastikan Adenan mendapat mandat besar untuk terus membangunkan negeri itu.
“Pilihanraya ini satu perkara serius,” katanya kepada pengamal media selepas merasmikan projek bekalan air Simunjan dan Gedong pada Rabu (20 April 2016).
Beliau menambah bahawa populariti Adenan sebagai penyuntik semangat bagi Barisan Nasional (BN) untuk memperolehi kuasa yang lebih besar selepas PRN-11 negeri itu.
Merdeka Centre melancarkan kajian itu sejak Januari lepas memperlihatkan peningkatan yang begitu mendadak, berbanding 74 peratus dicatatkan pada April 2015.
Perkembangan positif itu menurut Awang Tengah sebagai petanda bahawa Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa dengan mandat yang lebih besar selepas PRN-11.
“Kami optimis begitu,” cela seorang pengundi yang berada berhampiran dengan kolompok media ketika Awang Tengah memberikan kenyataan itu.
Mengenai majlis itu, Awang Tengah yang merupakan Menteri Perancangan Sumber dan Alam Seitar II Sarawak menekankan, dasar-dasar menjaga hak dan kepentingan rakyat serta negeri menjadikan populariti Adenan melonjak naik.
Jelasnya lebih 50 dasar yang tidak pernah dilaksanakan di negeri-negeri lain di Malaysia telah dikuatkuasakan oleh Ketua Menteri itu.
“Dasar-dasar ini mengambarkan matlamat dan iltizam beliau (Adenan) untuk menjaga rakyat,” katanya dan menambah, penurunan tariff elektrik sehingga 50 peratus, pengecualian bayaran elektrik untuk penggunaan tidak melebihi RM20 sebulan, penghapusan bayaran premium tanah bagi pertanian dan kediaman serta penghapusan bayaran tol jalan raya antara dasar popular yang menjadikan Adenan disayangi rakyat.
“Ini adalah faktanya,” jelas beliau. – Oleh: DG HENRY.