Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Persaingan hidup dorong buaya menganas di Sarawak

0

SIBU (Sarawak, Malaysia): — Jabatan Hutan Sarawak mentafsirkan bahawa peningkatan populasi manusia serta buaya menjadi faktor utama persaingan berlaku menyebabkan reptelia itu menganggu manusia.21042016 - imej buaya

“Sumber makanan menjadi terhad,” jelas pengarah jabatan itu – Sapuan Ahmad.

Sehingga April tahun ini (2016) sebanyak tujuh kes serangan buaya direkodkan di seluruh negeri, menyaksikan tiga mangsa meninggal dunia, tiga lagi cedera dan seorang masih hilang.

Katanya, jabatannya memandang serius mengenai perkara itu dan menasihatkan orang ramai khususnya penduduk yang tinggal di pesisir berisiko binatang itu supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Awal bulan ini di Kg. Sungai Mata Samarahan, seorang kanak-kanan berusia dua tahun enam bulan – Crlieyseha Abdul Rahim dibaham buaya ketika sedang mandi  di sungai itu kira-kira jam 6 petang.

Mayat Crlieyseha ditemui kira-kira jam 8.55 pagi pada keesokan harinya, menjadikan kejadian itu sebagai kes terbaru serangan buaya di negeri itu.

“Kita tidak mahu kejadian seperti ini berulang,” katanya ketika berucap di majlis Sambutan Hari Hidupan Liar Sedunia Peringkat Sarawak 2016 yang dilangsungkan di Rizab Semulajadi Bukit Lima di sini.

Katanya kerajaan negeri telah mengwujudkan Zon Bebas Buaya di tujuh kawasan utama di seluruh negeri, dalam usaha mengurangkan persaingan diantara manusia dan buaya.

Menyaksikan majlis itu ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Promosi Pendidikan Teknikal) dan Menteri Muda Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh, yang mewakili Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Industri Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan bagi merasmikan majlis itu. – Oleh: DG HENRY.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.