Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Adik ganti kakak yang meninggal ketika majlis perkahwinan

0

GANDHINAGAR: Seorang bakal pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung ketika majlis perkahwinannya sedang berlangsung di Gujarat, India.

Kejadian malang itu berlaku di hadapan Kuil Bhagwaneshwar Mahadew di Bhavnagar.

Namun, apa yang lebih mengejutkan adalah keluarga wanita itu tidak membatalkan perkahwinan tersebut sebaliknya memutuskan untuk menggantikan tempatnya dengan adik perempuannya.

Lapor News18.com, pengantin perempuan dikenali sebagai Hetal sepatutnya berkahwin dengan Vishal, anak lelaki kepada Ranabhai Butabhai Algotar dari kampung Nari.

Pada majlis itu, tetamu memenuhi tempat tersebut dan lagu-lagu perkahwinan yang dimainkan, terpaksa dihentikan.

Dilaporkan, sebaik sahaja majlis bermula, Hetal mengadu berasa pening sebelum pengsan.

Hetal kemudian dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan,  namun doktor mengesahkan dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Meskipun keluarganya berduka atas kematian Hetal, mereka mencadangkan adik perempuan pengantin itu pula untuk berkahwin dengan Vishal.

Berdasarkan laporan media tempatan, mayat Hetal disimpan dalam peti di bilik mayat hospital berkenaan, sehingga majlis perkahwinan itu selesai.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.