Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Adun Bingkor sokong Ketua Menteri Sabah

0

WAKIL Rakyat Bingkor Dauk Robert Tawik @ Nordin menekankan bahawa sejak sekian lamanya rakyat Sabah hidup harmoni dan bertoleransi dalam kepelbagai agama dan budaya di Sabah.

“Contohnya, dalam satu keluarga serumah di Sabah, ada ahli-ahli keluarganya yang beragama pagan,  Islam, Kristian, buddha dan agama lain  tinggal sebumbung,”.

“Fakta kuat ini menjadi asas penting untuk menyokong kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang mengatakan bahawa Sabah tidak bersetuju dengan cadangan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Robert yang merupakan Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, rakyat Sabah yang berbilang kaum agama boleh merayakan bersama malahan duduk semeja dengan hormoni dan aman damai.

“Kami hidup begitu aman dalam kepelbagaian agama dan budaya di sini (Sabah),” jelasnya dan menambah, suasana di Sabah tidak ada di negeri-negari lain di Semenanjung.

Robert yang juga Naib Presiden 1 starSabah berkata, bahawa  dalam pembentukan Malaysia, syarat Sabah membentuk Malaysia adalah      ” “Agama Bebas Dalam Sabah”.

Katanya, kenyataan jelas itu tersurat   dalam batu sumpah yang menjadi sebahagian daripada dokumen penting ketika Sabah bersama dengan negeri-negeri lain untuk membentuk gagasan Malaysia.

Sabah pada ketika itu merupakan sebuah ‘negara’.

Robert menambah, cadangan memperkenalkan Akta Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam akan ditentang dan tidak diterima oleh rakyat Sabah.

Justeru katanya, kerajaan pusat perlu mengkaji dan   mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira pandangan dan sensetiviti daripada pelbagai pihak.

“Apa yang penting pada ketika ini ialah usaha untuk memperkukuhkan perpaduan dan keharmonian rakyat dalam suasana Keluarga Malaysia sebagaimana yang dicetuskan oleh Perana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” katanya.

Beliau menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk menimbulkan isu-isu yang boleh menimbulkan kerisauan dan ketegangan dikalangan rakyat di negara ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dalam kenyataan medianya yang terdahulu dipetik sebagai berkata, Sabah berpegang kepada prinsip kebebasan beragama seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Hajiji dengan tegas tidak setuju mengenai cadangan memperkenalkan Akta Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam, sebagai salah satu daripada empat undang-undang syariah baharu yang akan diperkenalkan. – Oleh: EKOK AMIN

 268 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.