Vaksin Kampung Ke Kampung Di Bingkor Diaktifkan
Segelintik penduduk di Kg. Bandukan Lama masih enggan divaksin
eksklusif
PROGRAM mini mobile outreach team mula digerakkan bagi memberi vaksin kepada penduduk di kawasan Bingkor.
Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Bingkor Dr. Ganesh Kumar A/L Kanniah memberitahu, gerakan dari kampung ke kampung itu bermula pada 6 September lalu dan mensasarkan kesemua penduduk di 72 buah kampung melibatkan tiga mukim iaitu Tuarid, Bingkor dan Apin-Apin.

“Sasaran awal kami di Mukim Bingkor dan Tuarid .. selesai di dua mukim ini akan bergerak ke mukim seterusnya,”.
“Kumpulan ini memberi penerangan, kesederan dan prespektif kepada penduduk kampung yang masih belum menerima vaksin,”.
“.. Khususnya warga mas yang tidak mampu keluar disebabkan oleh masalah-masalah tertentu, seperti pengangkutan, sakit dan sebagainya,”.
“.. Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak dapat bergerak keluar, ibu tunggal dan terutamanya kepada penduduk yang enggan menerima vaksin,”.
“Apa kami buat ialah memberi penjelasan yang secukupnya sebelum memberi vaksin kepada mereka,” katanya kepada The Borneo Digest di sini pada Jumaat.
Ganesh berkata, gerakan itu akan berjalan sehingga sasaran kolompok di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor selesai.
“Sehingga pada Khamis gerakan ini berjaya memberi suntikan vaksin kepada penduduk di lapan buah kampung seperti, Bandukan lama, Bunsit, Palipikan, Buang Sayang Ontolob, Minansut, Tongkungon dan Awas-Awas,”.
“Apa yang sedang kami usahakan ini adalah untuk melangsaikan baki penduduk yang belum mendapat vaksin .. kebanyakan kampung-kampung yang kami kunjungi sebenarnya telah mencapai 80 peratus divaksin,”.
“Ini hanya untuk memperbaiki peratusan pemberian vaksin kepada kampung-kampung tersebut,” katanya dan memberitahu, rata-rata penduduk memberi reaksi yang sangat baik terhadap program itu.
Ganesh berkata, segelintir penduduk seperti di Kg. Bandukan Lama masih enggan menerima vaksin, namun usaha untuk memberi penerangan akan diteruskan sehingga mereka benar-benar faham dan menerima dos itu pada saat akhir.
Menjawab satu soalan, Ganesh berkata, lebih 90 peratus daripada penduduk yang enggan menerima vaksin mendapat maklumat yang salah mengenai vaksin.
“Kami berjumpa dengan mereka untuk memberi pencerahan yang terperinci .. menjelaskan mereka mengenai kepentingan mendapat vaksin,”.
“Sebenarnya apa yang berlaku kepada mereka (anti vaksin) ialah mereka ragu dan takut disebabkan informasi yang salah daripada pelbagai medium yang mereka kongsikan daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.
Jelasnya vaksin sangat penting kepada semua penduduk untuk memastikan diri mereka selamat daripada pandemik Covid-19.
“Harapan saya ialah komuniti kolompok di Bingkor akan dicapai dan paada masa yang sama melindungi orang tersayang kita, diri kita, komuniti dan masyarakat kita,”.
“Pada masa yang sama membolehkan kita mendapat kebebasan seperti sebelum ini, khususnya kebebasan menikmati kehidupan yang selesa, kebebasan bergerak dan kebebasan bersosial, meningkatkan ekonomi dan sebagainya,” katanya.
Harapan itu tambah Ganesh, hanya dapat dicapai jika kesemua penduduk di kawasan itu (Bingkor) bersedia divaksin dengan sepenuhnya. – Oleh: EKOK AMIN