Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anak kambing lahir dengan mata di dahi

0

SEEKOR kambing mutan mempunyai mata di tengah dahi telah ditemui di ladang ternakan di Turki.

Ahmet Kartal, 40, berkata, dia tidak pernah melihat sesuatu seperti kambing bermata satu selama 25 tahun dia menternak haiwan di kampung Gokmusa, di wilayah Kilis.

Menurut Kartal dia menyedari perkata itu selepas dia memeriksa haiwan ternakannya dan mendapati seekor anak kambing telah dilahirkan.

Tambahnya, dia memeriksa anak kambing itu dengan lebih dekat dan dia mendapati mata haiwan itu tertanam di tengah-tengah dahinya, seperti cyclops iaitu binatang yang menakutkan dari mitologi Yunani.

“Saya telah melakukan kerja ini selama 25 tahun. Ini kali pertama saya menghadapi perkara seperti ini. Saya tidak pernah melihat atau mendengar perkara seperti ini.

“Orang ramai yang melihatnya juga terkejut.

“Saya tidak boleh menanganinya, saya mahu pihak berkuasa mengambilnya dan memastikan ia hidup,” katanya.

Menurut saintis mata cyclops merupakan anomali perubatan dan jarang ditemui sama ada pada manusia dan haiwan.

Wakil Jabatan Perubatan Veterinar Universiti Hatay Mustafa Kemal, Dr Ahmet Uyar berkata, mata tengah kambing itu berpunca daripada perkembangan dipanggil cebocephaly.

Anomali perubatan menyebabkan dua mata yang berasingan rapat bersama dengan hidung yang rata dengan satu lubang hidung.

 134 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.