Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

SAFA, MSN meterai MoU pembangunan bola sepak Sabah

0

Oleh DG HENRY

DATUK SERI BUNG MOKTAR

PERSATUAN Bola Sepak Sabah (SAFA) akan memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung pembangunan bola sepak di Sabah dalam satu majlis di sini, esok (Khamis).

Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan menyempurnakan majlis berkenaan di sebuah hotel di sini.

Dalam satu kenyataan SAFA hari ini, berkata, MoU itu adalah susulan perbincangan awal antara SAFA, MSN dan Jabatan Pendidikan Negeri berkaitan perancangan untuk memajukan sukan bola sepak di negeri yang dimulakan sejak pertengahan tahun lalu.

“Beberapa siri perbincangan membabitkan wakil tiga pihak itu telah dilakukan beberapa sebelum MoU itu dapat dimuktamadkan untuk dimeterai kedua-dua pihak,” tambah kenyataan itu.

Sebelum ini, Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar memberitahu, kerjasama membabitkan tiga pihak antara SAFA, MSN dan Jabatan Pendidikan perlu diperkasakan bagi merealisasikan usaha untuk pembangunan bola sepak di negeri ini.

Katanya, beberapa siri perbincangan akan dilakukan agar persefahaman dan kerjasama dalam usaha untuk memajukan bola sepak Sabah menjadi kenyataan.

Menurut beliau, SAFA perlu menjalinkan kerjasama dengan MSN dan Jabatan Pendidikan memandangkan kedua-dua jabatan kerajaan itu selama ini sentiasa berusaha untuk mengetengahkan bakat dan potensi pemain-pemain remaja dalam sukan bola sepak.

“Justeru, SAFA memikirkan untuk menjalinkan kerjasama dengan mereka agar usaha membangunkan sukan bola sepak di negeri ini dapat digembleng dan diperkasakan,” katanya.

Kenyataan itu menambah, pemeteraian MoU itu esok akan dapat memulakan era baharu pembangunan bola sepak di Sabah secara berterusan.

Pembangunan bola sepak berkenaan akan turut membabitkan proses pewujudan sebuah akademi bola sepak SAFA kemudian, katanya.

 

 714 total views,  2 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.