Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Anwar mohon batalkan darurat?

0

KETUA Pembangkang Datuk Seri Anwar telah menghantar surat kepada semua ahli Parlimen meminta agar mereka mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon baginda membatalkan Pengisytiharan Darurat.

Anwar mahu semua Ahli Parlimen turut memohon kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menitahkan agar sidang Parlimen dilangsungkan sebelum 31 Januari untuk membahaskan isu darurat, Covid-19 dan kemelut ekonomi yang melanda negara.

“Dalam surat tersebut saya telah mencadangkan kepada semua YB Ahli Parlimen supaya mengemukakan rayuan dalam kadar segera.

“Warkah tersebut juga hendaklah disesuaikan menurut pertimbangan semua YB atau parti,” kata Anwar dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berharap warkah yang dihantar oleh ahli Parlimen sebelum Jumaat ini mendapat ihsan dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong.

Dalam warkah dua muka kepada ahli Parlimen itu, Anwar antara lain berkata, cadangan darurat yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional adalah tanpa keabsahan kerana penyusutan jumlah ali Parlimen yang menyokong kerajaan.

Tambahnya, ahli-ahli Perlimen tidak mempertikaikan langkah munasabah yang diambil bagi menangani wabak Covid-19 namum berpandangan bahawa peruntukan sedia ada adalah mencukupi bagi mengekang pandemik tersebut.

“Ia tidak memerlukan darurat. Kemelut ekonomi amat memprerihatinkan manakala jumlah pengangguran, kemiskinan dan kesenjangan bertambah. Darurat pastinya akan menyebabkan kedudukan ekonomi tambah meruncing.

“Kami beranggapan Perdana Menteri dan kerajaan telah terlanjur dan tersasar dalam menyampaikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sesungguhnya tidak terkait dengan permasalahan Covid-19, banjir datau ekonomi,” kata Anwar.

Dalam warkah itu, Anwar turut mendakwa Muhyiddin lebih tertumpu kepada usaha mempertahan kuasa. – SM.

 253 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.