WARTAWAN antara seramai 17 individu pelbagai latar belakang dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah (AMD) Nabawan bagi sesi 2020 – 2022.
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih menyerahakkan watikah-warikah perlantikan itu yag disaksikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Arthur Joseph Kurup, Ahli Dewan Negeri Nabawan dan Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Nabawan Datuk Abdul Ghani Mohd Yassin,
Pegawai Daerah Nabawan Peter Jonu Moinjil serta Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Nabawan Jaiping Minsu turut berada di majlis itu.
Isnin ketika menyampaikan amanat berkata, Ahli Majlis perlu proaktif dan bekerja keras merancang pembangunan daerah itu, termasuk kreatif menjadikan Nabawan sebuah daerah indah.
Katanya, semua Ahli Majlis Daerah perlu memberikan cadangan dan buah fikiran untuk menceriakan kawasan pekan itu.
“Sampah dan rumput panjang adalah dua perkara yang saya tidak suka … inilah tanggungjawab Ahli-Ahli Majlis Daerah” tegasnya.
Pembantu Menteri itu turut menasihatkan Ketua-Ketua Adat agar menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas ketika menyampaikan keputusan mengenai kes yang dibicarakan.
17 Ahli Majlis Daerah Nabawan yang menerima watikah terdiri daripada bekas Wakil Rakyat Nabawan Ulin Pamiang, Deckson Anthony @Andipai, Marutin Ansiung, Agustus @ Abdul Rasyid Parisah, Tin Li Foh @ John, Musa Banaran, Rampang @ Abd. Rahim Rimin, Matius Ambaal, Pious Kumalu @ Ali, Rupinah Tumik, Libang Ambului, AR. Normah Sigoh, Yiwot Serit @ Sirik, Jabat @ Mohd. Zaki Majilon, Morris Anis, Sinama Onggok @ Sinama Bubuton dan Justin @ Juliman Lambirong.
Pada waktu yang sama seramai lima individu dilantik sebagai Ketua Anak Negeri dan 14 Wakil Ketua Anak Negeri.