Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Badan berkecai disedut pam air

0

SEORANG pekerja di Syarikat Air Minuman (PDAM) Tirta Musi di Palembang, Sumatera Selatan, maut selepas disedut mesin pam air di tebing Sungai Ogan.

Lapor Kompas.com, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 41 tahun sedang memasang mesin pam air milik PDAM di lokasi tersebut.

Ayah mangsa, Bahusin, 53, memberitahu ketika kejadian mangsa menyelam menggunakan pemampat oksigen sebelum alat itu terputus yang menyebabkan dia tersedut ke dalam mesin.

Bahusin yang khuatir dengan keselamatan anaknya terus menyelam dan terkejut melihat anaknya maut dengan beberapa bahagian tubuh mangsa sudah berkecai.

Bahusin kemudian lantas naik ke permukaan dan meminta pertolongan daripada pekerja lain untuk mencari bahagian tubuh anaknya yang belum ditemukan.

“Sebahagian tubuhnya sudah ditemukan, manakala, tangan, kaki dan kepala mangsa belum dijumpai lagi. Harapnya seluruh bahagian tubuh anak saya ditemukan.

“Kami sudah melapor kepada pihak polis untuk meminta pertolongan,” katanya.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.