Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bangsa Murut Pertama Beraksi di Olimpik

0
DOLORIS JOHN

JIKA mandiang John Daukom Polos tinggal di luar negara, namanya sehebat Floyd Mayweather, Cristiano Ronaldo atau sekurang-kurang Mike Tyson, mencurah kekayaan selain namanya terpahat sebagai ahli sukan tersohor selain jasanya dikenang selamanya.

Sedihnya, mandiang John  hanya berbekalkan semangat kental untuk memartabatkan  negara dan bangsanya (Murut) tanpa menerima apa-apa imbuhan dan menghabiskan sisa hidupnya sebagai manusia biasa.

“Sepastinya ahli-ahli sejarah mencari siapa John Daukom selepas ini ,” Katanya dalam satu pertemuan seawal Tahun 2009 di rumah kediamannya di Binaong, Keningau Sabah.

John mengabadikan gambar kenangan dengan berlatarbelakangkan stadium olimpik musim panas Toyo 1964

Sepanjang mengenali mandiang, harapan tersiratnya mahu bangsanya Murut mencipta sebanyak sejarah dipersada dunia – dia sangat gembira jika mengetahui terdapat bangsanya yang menakluki dunia dalam apa juga bentuk perjuangan.

Ironinya itulah pertemuan terakhir penulis dengan pelari pecut  North Borneo dan 4 x 100 meter Sukan Olimpik Musim Panas Tokyo 1964.

John (dua kanan) bersama rakan-rakan atlet North Borneo

Mandiang menghembuskan nafas terakhir pada 28 September 2010 dan merupakan Murut pertama dari Kg. Binaong Keningau beraksi di sukan Olimpik.

Mandiang  menyertai perkhidmatan polis pada tahun 1957 dibawah kerajaan Borneo Utara, iaitu negeri di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara British yang menakluki negeri itu diantara tahun 1882 hingga 1946, yang kemudian beralih kepada Tanah Jajahan Mahkota Bitish sehingga tahun 1963.

Berdasarkan catatan memori anak sulungnya, Puan Doloris John, 57, mandiang selain seorang anggota polis yang dikenali sangat displin, beliau banyak menghabiskan masa dengan aktiviti sukan,  sebelum menamatkan kerjaya sukannya pada tahun 1970.

Mandiang bersara wajib dalam pasukan polis pada tahun 1995 dengan jawatan terakhir sebagai Sub Inspektor.

“Ibu saya (Datin Norita Durasim) memberitahu, bapa berangkat ke Tokyo Jepun ketika saya baru dilahirkan,” Imbas Doloris  dan menambah hanya selepas tiga bulan kemudian ayahnya kembali ke pangkuan keluarga.

Gagal memungut sebarang pingat untuk North Borneo di sukan musim panas olimpik Tokyo? Mandiang John dalam nota sisipannya kepada penulis pada tahun 2009 berkata, matlamat utamnya  bukan memburu pingat semata-mata tetapi jauh daripada itu keberdaannya di padang olimpik untuk memertabatkan negara dan bangsanya Murut.

“Saya mahu bangsa Murut dilakar dalam sejarah olimpik,” tulisnya dalam satu nota kecil.

Menurut Wikipedia, mandiang John berganding dengan Canagasabai Kunalan, Mani Jegthesan dan Mazlan Hamzah untuk mengalas acara 4 X 100 meter dengan catatan rekod 41.4 saat dan berada dalam kedudukan ke-6.

India mengungli kejohanan itu dengan diikuti Sepanyol, Jerman, Belanda, Malaysia, Belgium,Kandada dan Hong Kong.

Mendapat pendidikan awal di GSS Bingkor, Saint Francis Xavier Keningau, mandiang John pernah merekodkan catatan masa 10.8 saat dalam acara 100 meter ketika sukan Sabah AAA1964 yang diadakan di Padang Bandaran Sandakan.

Beliau menerima pelbagai anugerah selepas sejarahnya didedahkan oleh penulis dan yang terakhir anugerah kebesaran negeri yang membawa gelaran ‘Datuk’ pada tahun 2009, beberapa bulan selepas pertemuan terakhir dengan penulis.

Mandiang  tidak sempat menerima satu lagi anugerah pingat daripada kerajaan negeri kerana pada hari penerimaan isterinya (Datin Norita Durasim) meninggal dunia.

Atlet tersohor berbangsa Murut ini dikurniakan seramai lima orang anak hasil perkongsian dengan isterinya Datin Norita Durasim, dianugerahkan seramai 25 orang cucu dan 14 orang cicit.

The Borneo Digest berdoa semoga roh mandiang John Daukom ditempatkan disisi Tuhan yang Esa.– Disunting bersama Oleh: DG HENRY, EKOK AMIN dan ROSANNA EDEZA.

 11,911 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.