Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Bapa lastik mata guru hingga buta serah diri kepada polis

0

BENGKULU: Seorang bapa yang melastik mata seorang guru yang bertugas di SMA di Kabupaten Rejang Lebong, Bengkulu, sehingga buta akhirnya muncul dan menyerah diri.

Lelaki itu menyerah diri di ibu pejabat polis Rejang Lebong pada Sabtu lalu, iaitu empat hari selepas diburu pihak berkuasa.

Ketika datang ke balai, lelaki itu ditemani ahli keluarganya.

Sambil menangis, pelaku memohon maaf kepada Zaharman, iaitu guru yang dianiayanya sehingga mengalami kecacatan kekal pada mata kanan.

“Anak saya ditendang, jadi saya emosi, bapa mana yang tidak marah jika anak mereka disakiti.

“Disebabkan rasa marah, saya melastik mata guru berkenaan, namun saya tidak menyangka matanya menjadi buta.

“Saya mohon maaf atas perbuatan saya yang melampau,” katanya.

Lelaki itu juga memaklumkan, dia berasa takut selepas mengetahui mata guru berkenaan menjadi buta.

Katanya, dia takut jika dipukul polis sekiranya menyerah diri.

“Saya takut dipukul oleh polis, namun saya menyesal dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Terdahulu, lelaki itu melastik Zaharman kerana marah guru berkenaan menegur anaknya menghisap rokok di belakang sekolah sewaktu masa pembelajaran berlangsung.

 

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.