TIRAI 2018 menyaksikan enam bayi dilahirkan di bandar kecil pedalaman Keningau, masing-masing menerima insentif Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) bernilai RM200 daripada Pengurus Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Keningau Molineh Micheal di sini pada Isnin.
Lesley Benedict Lajiun dari Kampung Lotong mencatatkan sejarah tersendiri apabila ibu pertama yang melahirkan bayi seberat 3.15 kg kira-kira jam 1.32 pagi, diikuti oleh Norhajana Nicolous dari Kampung Kadalakan yang melahirkan bayi seberat 3.30 kg pada jam 2.43 pagi.
Lewat subuh Sharon Savi @ Slyvester, 21, melahirkan bayi pertama seberat 3.0 kg hasil perkongsian hidup dengan Amedeo Riapat, 23 kira-kira jam 5. 36 pagi.
Tiga ibu yang lain, Angelina Ambuka seora melahirkan bayi seberat 2.57 kg pada jam 7.47 pagi, diikuti Ester Subin, 31, pada jam 8.00 pagi dengan bayi seberat 2.83 kg dan Amiazmira Durai dengan bayi seberat 3.07 kg pada jam 9. 01 pagi.
ADAM50 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2018 bagi menjamin masa depan generasi Transformasi 2050 (TN50) yang lebih cerah dan memupuk budaya menyimpan disampaikan kepada keluarga enam bayi yang lahir di hospital itu bersempena Tahun Baharu 2018 oleh Pengurus Cawangan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Keningau itu.
ADAM50 melibatkan dua tabung iaitu Amanah Saham (ASB) bagi bayi Bumiputera dan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) bagi bayi bukan Bumiputera.
Sharon Savi Sylvester, 21, menyifatkan intensif itu sebagai tuah yang sangat bermakna kerana ia berlaku ketika beliau melahirkan anak yang pertama.
“Pemberian kerajaan ini sangat bermakna untuk bayi pertama kami ini … terima kasih Perdana Menteri (Najib Tun Abdul Razak),” katanya.
Ibu-ibu yang lain menyambut baik intensif itu apa yang mereka sifatkan pertama seumpamanya dilaksanakan di negara ini.