Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Beratus bantah Trump di New York

0

NEW YORK: Beratus-ratus penduduk berkumpul menunjukkan perasaan terhadap calon Donald Trump di luar hotel Manhattan yang menjadi hos majlis mewah yang dihadiri calon presiden Republikan itu dan pencabarnya.

Orang ramai menjulang poster membandingkan hartawan itu dengan Adolf Hitler dan menuduh beliau bersikap perkauman dan antipendatang di tengah kehadiran ramai anggota polis.

“Tiada Trump, tiada rasis, pendatang dialu-alukan di sini!” jerit orang ramai.

Satu slogan menyatakan: “New York bukan zon benci.”

“Landasan Republikan adalah benci dan ketakutan. Ia semua sama: Takutkan mereka di sana,” kata Jason Hurd, bekas anggota tentera yang mengasaskan pergerakan Veteran Iraq Menentang Peperangan.

Hurd berkata, beliau datang bersama sekumpulan bekas anggota tentera bagi membantah Trump atas nama veteran.

Perhimpunan aman itu bersurai tanpa kejadian tidak diingini walaupun penunjuk perasaan mempersendakan wartawan televisyen Fox News. – AFP

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.