BERJUTA rakyat Malaysia menyaksikan kemunculan fenomena gerhana bulan yang juga dikenali sebagai Super Flower Moon atau ‘bulan berdarah’ yang terakhir kelihatan pada Tahun 2018.
Dikalangan masyarakat KadazanDusun dan Murut (KDM), fenomena yang membentuk lebih awal di Sabah dan Sarawak itu dikenali sebagai Tinolon Tarob atau ‘ditelan tarob’ yang merujuk kepada makhluk asing sebagai petanda berlaku perubahan cuaca.
Fenomena itu mula membentuk sekitar jam 4.47 petang pada Rabu dan berakhir 9.50 malam tadi.
Fenomena itu muncul semula selepas kali terakhir kelihatan pada 2018.
Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah, berkata fenomena itu berlaku selepas bulan berada pada kedudukan yang paling hampir dengan bumi (perigee) dengan jarak 357,309 kilometer (km).
Selain boleh disaksikan secara penuh di Semenanjung Malaysia, Azlikamil berkata, ia boleh dilihat secara keseluruhan di timur Australia, New Zealand dan Kepulauan Pasifik termasuk Hawaii.
Katanya, fenomena berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sebaris serta keseluruhan bulan merentasi bayangan umbra.
Umbra adalah bahagian bayang yang sangat gelap manakala penumbra, bahagian luar bayang yang relatifnya lebih cerah.
Bulan dengan perlahan-lahan bertukar daripada warna putih bersinar kepada kemerahan. Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar.
Jurugambar profesional Jubin Kinsil merakam pergerakan fenomena itu di Kampung (Kg) Mokoniton Tenom Sabah. — Oleh: ROSANNA EDEZA.
Fenomena Gerhana Bulan penuh akan berulang beberapa tahun lagi. Tahniah kepada jurukamera yang merakam gambar tersebut.
Terima kasih diatas komen, teruskan membaca Borneo Digest.