Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

`Berparti’ atas tanah kubur

0

LONDON: Satu rakaman video memaparkan orang ramai sedang berparti ketika menghadiri majlis pengebumian di sebuah tanah perkuburan sehingga tular dalam media sosial.

Memetik laporan Daily Mail, sekumpulan individu berkumpul di Tanah Perkuburan Witton di Birmingham untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang yang hanya dikenali sebagai Katty, minggu lalu.

Rakaman video menunjukkan individu yang berkabung mula menari selepas seorang DJ memainkan muzik di tengah tanah perkuburan itu.

Lebih 40,000 orang menonton rakaman video diperoleh oleh Birmz Is Grime dalam media sosial itu.

Malah, video tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

Segelintir warganet memuji cara individu tersebut meluahkan perasaan secara unik, manakala yang lain merasakan mereka tidak sepatutnya menari di atas kubur.

Rakaman video itu menunjukkan sekumpulan individu yang berpakaian hitam kelihatan tersenyum dan ketawa sambil menari di sekeliling kubur ketika muzik kuat dimainkan daripada sebuah pembesar suara mudah alih.

Seorang pengguna media sosial berpandangan perbuatan individu berkenaan sebagai meraikan kehidupan.

“Penghormatan terakhir yang sangat indah, sudah pasti mendiang Katty tersenyum.

“Seronok melihat bagaimana individu meraikan kehidupan,” katanya.

 

 188 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.