Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Billionair mahu bawa manusia, haiwan ke Marikh?

Guna Bahtera Nuh Futuristik ke planet Marikh

0

RANCANGAN seorang bilionair, Elon Musk untuk membawa roket yang diberi gelaran ‘Bahtera Nuh Futuristik’ ke Marikh diejek saintis yang mengatakan ia sebagai satu tindakan sia-sia dan amat sukar dicapai.

DailyMail melaporkan, Musk, 50, memberitahu majalah Time bahawa beliau mempunyai rancangan besar untuk fasa penerokaan angkasa lepas selepas roket Starship SpaceX mendarat di Marikh dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Perkara yang benar-benar besar seterusnya adalah untuk membina sebuah bandar di Marikh dan membawa haiwan serta makhluk Bumi ke sana.

“Seperti bahtera Nuh yang futuristik,” katanya.

Bilionair itu telah berulang kali mengatakan bahawa beliau berharap dapat membantu manusia menjajah Marikh apabila sumber Bumi semakin berkurangan dan perubahan iklim menjadi lebih buruk.

“Matlamat keseluruhannya adalah untuk menjadikan kehidupan berbilang planet dan membolehkan manusia menjadi tamadun angkasa lepas,” kata Musk dalam wawancara Time, dan beliau menjelaskan akan membawa haiwan serta tumbuhan ke planet itu.

Usaha itu mendapat kritikan pakar yang ragu-ragu dengan usaha menternak haiwan di planet tanpa oksigen.

Sainstis lain turut berkata, rancangan itu ‘beratus-ratus tahun lagi untuk membuahkan hasil’.

 

 886 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.