Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Boleh ucap Selamat Hari Krismas – MUI

0

KETUA Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bidang dakwah, Cholil Nafis secara peribadi menyatakan umat Islam boleh mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian yang meraikannya.

Cholil memaklumkan, hukum ucapan itu adalah dibolehkan kerana sekadar memberi penghormatan kepada masyarakat Kristian dan bukan mengakui agamanya.

Fatwa yang dikeluarkan oleh MUI pada 1981 sebelum ini mengharamkan umat Islam mengikuti upacara perayaan dan aktiviti Krismas, namun mengucapkan Selamat Hari Krismas tidak salah.

“Saya juga mempunyai saudara beragama Kristian, selain Indonesia juga mempunyai rakyat yang berbilang agama, maka sekadar mengucapkan sambutan tidak menimbulkan masalah.

“Namun, jika tiada kepentingan untuk ucapkannya, tidak perlulah. Kita boleh pilih untuk ucapkan sambutan perayaan itu mahu pun tidak,” katanya.

Cholil juga memberitahu, sejumlah ulama di negara ini mempunyai pandangan berbeza mengenai ucapan Hari Krismas dan perkara itu tertakluk kepada fahaman masing-masing.

Terdahulu, MUI Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan Selamat Hari Krismas yang disifatkannya tidak sesuai dengan syariat Islam.

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.