Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Brazil mahu bawa pulang Piala Dunia

0

DOHA: Neymar dijangka kembali mengisi kese­belasan utama Brazil, yang amat bersemangat bukan sahaja untuk menum­paskan Croatia pada suku akhir hari ini, malah menjulang Piala Dunia kali keenam.

Kemenangan besar 4-1 ke atas Korea Selatan menerusi jari­ngan Vinicius Junior, Richarlison dan Lucas Paqueta serta penalti Neymar pada pusingan 16 akhir memberi mesej kepada pencabar mereka di Qatar agar lebih berwaspada dengan kualiti yang ada pada skuad Selecao.

Aksi Brazil di Stadium 974 itu menarik perhatian sehingga ada yang membandingkan mereka dengan skuad hebat yang dike­tuai Pele bermula pada 1970 sehingga 1982,

Bagaimanapun, sejak menjuarai gelaran kelima pada 2002, Brazil gagal menewaskan pasukan Eropah dalam Pia­la Dunia, termasuk dimalukan Jerman 1-7 di tempat sendiri pada 2014 dan disingkir oleh Belgium empat tahun lalu di Russia.

“Kami mahu menjuarai Piala Dunia kali ini.

“Ada tiga lagi perlawanan tetapi kami bersedia dan fikiran kami fokus kepada kejuaraan,” kata Neymar.

Neymar kembali beraksi di pusingan 16 akhir selepas tersisih dalam dua perlawanan ter­akhir peringkat kumpulan akibat kecederaan buku lali, malah kepulangan Danilo di bek kiri juga memberi impak.

Biarpun kehilangan khidmat Alex Telles (pertahanan) dan Gabriel Jesus (serangan) yang cedera, namun Brazil tampak tidak terjejas kerana memiliki ramai pemain berkualiti.
Croatia sebaliknya memerlukan penentuan penalti untuk menyingkirkan Jepun di pe­ringkat 16 akhir selepas seri 1-1. – AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.