Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Budak perempuan putus tangan digilis kereta api

0

JAKARTA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun hilang tangan kanannya akibat digilis kereta api di kawasan lintasan bertingkat berhampiran Desa Cimparuah di Pariaman Tengah, Sumatera Barat.

Ketua Unit Trafik Polis Pariaman Iptu Afrizal Sahar berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan) kelmarin.

Katanya, mangsa yang merupakan penduduk Kampung Taluak dirempuh kereta api ekspres dalam perjalanan dari arah Padang menghala ke Pariaman.

Insiden menyayat hati itu mengakibatkan lengan kanan mangsa putus.

Mangsa juga turut mengalami luka parah di kepala, tangan serta kaki.

“Mangsa dilanggar ketika hendak berjalan menyeberang dari sisi kiri ke kanan landasan yang bersambung dengan jalan raya.

“Lintasan di tempat kejadian tidak mempunyai pintu penghadang,” jelasnya.

Menurut Afrizal, mangsa kini menerima rawatan rapi di Hospital Pariaman.-AGENSI

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.