Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Taufan Haikui bawa banjir besar di tenggara China, dua maut

0

BEIJING: Dua orang dilaporkan maut selepas taufan Haikui melanda tenggara China dan membawa banjir besar di wilayah Fujian.

Sebahagian besar bandar di wilayah itu ditenggelami air, memaksa perkhidmatan kereta api bawah tanah dihentikan, semua sekolah ditutup dan puluhan ribu penduduk dipindahkan.

Hujan paling lebat dalam tempoh 12 tahun di ibu kota wilayah Fuzhou turut mencetus kebimbangan apabila 49 kawasan takungan dilaporkan melebihi had banjir.

Lebih 36,000 orang dipindahkan selepas rangkaian elektrik dan komunikasi terputus dengan hampir 4,195 hektar tanah ladang ditenggelami air hingga menyebabkan kerugian berjumlah AS$75 juta (RM350 juta).

Gambar di media sosial menunjukkan puluhan kereta dan motosikal terkandas selepas limpahan air membanjiri jalan-jalan di Fuzhou dan bandar Fuqing.

Fuzhou dilaporkan turut menerima limpahan hujan melebihi rekod yang dicatat ketika taufan Doksuri Julai lalu.-AP/REUTERS

 

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.