Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Cantuman logam pada tengkorak pahlawan Peru bukti pembedahan tertua dunia

0

MUZIUM Osteologi di Oklahoma mendapati tengkorak seorang pahlawan Peru berusia 2,000 tahun yang dicantumkan dengan logam menjadi bukti pembedahan ‘canggih’ tertua di dunia.

Tengkorak yang terdapat dalam koleksi muzium itu dilaporkan adalah milik seorang lelaki yang cedera semasa pertempuran akibat penggunaan peluru seperti katapel sebelum menjalani beberapa bentuk pembedahan terawal untuk menanam kepingan logam di tulang kepalanya yang patah.

Pakar memberitahu Daily Star lelaki itu berjaya menjalani pembedahan tersebut dan tengkoraknya kini menjadi bukti penting bagi manusia purba yang mampu melakukan pembedahan.

Tengkorak itu merupakan bentuk pengubahsuaian zaman purba dengan etnik tersebut sengaja mencacatkan tengkorak kanak-kanak ketika kecil dan mengikatnya dengan kain serta mengikat di antara dua kepingan kayu bagi tempoh lama.

Pelbagai alasan diberikan untuk memanjangkan tengkorak manusia termasuk sebagai satu bentuk pertahanan selain sebagai cara golongan elit menonjolkan diri mereka dalam masyarakat.

“Ini adalah tengkorak memanjang orang Peru dengan logam ditanam menerusi pembedahan selepas pulang dari pertempuran.

“Ia merupakan salah satu koleksi kami yang menarik dan tertua dalam simpanan di muzium. Berdasarkan tulang patah yang mengelilingi pembaikan itu, anda dapat lihat ia bercantum rapat. Ini adalah satu bukti pembedahan yang berjaya,” jelasnya.

Tengkorak itu asalnya disimpan dalam koleksi peribadi muzium, namun dipamerkan secara rasmi sejak 2020 selepas orang ramai semakin berminat terhadap artifak itu susulan liputan berita mengenai penemuan tengkorak tersebut.

 

 282 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.