BEIJING: China melancarkan sebuah roket pengangkut baharu ke angkasa lepas bertujuan menghantar satelit ke orbit sepertimana dirancang oleh negara itu.
Lapor agensi berita Xinhua, roket TL-2 Y1 yang membawa satelit berkenaan dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Roket itu dilancarkan tepat pada pukul 4.48 petang (waktu tempatan), semalam.
Menurut laporan, penerbangan itu akan menentukan keseluruhan program roket dan penyelarasan antara sistem.
Malah, ia juga mampu memperoleh parameter persekitaran penerbangan.
Dilaporkan, satelit tersebut akan digunakan dalam eksperimen pengesanan pengimejan jarak jauh dan pengesahan teknikal lain.