Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Dalang pengedar air ketum ditangkap di Keningau

0

Oleh DG HENRY

DSP NOR RAFIDAH KASIM

SEORANG penganggur di Kg. Jaya Baru Keningau ditangkap kerana disyaki pengedar air ketum kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan pada Isnin.

Mendedahkan penangkapan itu kepada media di Keningau, Ketua Polis Keningau Deputi Superintenden Polis (DSP) Nor Rafidah Kasim berkata, sejumlah 110 liter cecair disyaki air ketum turut dirampas di lokasi penangkapan.

“Saspek berumur 30-an dan merupakan seorang warga tempatan,” Jelas Nor Rafdah dan menekankan kejayaan polis itu diperolehi hasil perisikan teliti yang dilakukan oleh pasukan itu.

Saspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan saringan awal air kencing  adalah negatif.

Menurut fakta kes, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau telah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg. Jaya Baru Keningau dan berjaya menangkap seorang lelaki tempatan dipercayai dalag utama urusniaga air ketum.

Polis turut menjumpai sejumlah tiga tong berisi bungkusan plastik yang berjumlah 110 liter cecair disyaki air ketum yang dianggarkan bernilai RM1100.

Nor Rafidah memberitahu, siasatan lanjut ke atas saspek mendapati telah bergiat aktif menjual cecair tersebut sejak penghujung tahun lalu.

Saspek dirujuk dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 kerana memiliki cecair dan dedaun yang mengandungi mitragynine yang boleh dihukum dibawah Seksyen 30(5) Akta yang sama.

Ketua polis itu menegaskan bahawa memiliki atau menjual sebarang bentuk dedaun atau cecair ketum merupakan satu kesalahan disisi undang-undang.

“Ketum mengandungi bahan aktif mitragynine iaitu sejenis alkaloid psikoaktif yang boleh menyebabkan ketagihan,” Katanya.

Loading

Leave A Reply

Your email address will not be published.