Akhbar Atas Talian No 1 Borneo

Mantis daun kering ditemui di Sook

0

Oleh DG HENRY (eksklusif)

BOYON

SEIMBAS pandang ia kelihatan sehelai daun kayu kering, tetapi sebenarnya ia sejenis sepsis mentadak atau praying mantis, sejenis serangga pemangsa (predator) yang sangat unik. Serangga ini daripada kumpulan matodea mempunyai lebih daripada 2,400 spesis dari 15 genera di seluruh dunia dari kawasan negara beriklim tropika dan temperate.

Mentadak terdiri daripada banyak keluarga iaitu Acanthopidae, Amorphoscelididae, Chaeteessidae, Empusidae, Eremiaphilidae, Hymenopodidae, Iridopterygidae, Liturgusidae, Mantidae, Mantoididae, Metallyticidae, Sibyllidae, Tarachodidae, Thespidae dan juga Toxoderidae.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada pemadanan daripada beribu-ribu koleksi saintis mengenai sepsis terbaru ini – mirip seperti daun kering, boleh disentuh dan tidak agresif seperti mantis sedia ada.

CLATHRUS RUBER

Penulis menamakan sepsis ini sebagai boyon atau mentadak daun kering kerana keseluruhan fizikalnya terbentuk seperti sehelai daun tumbuhan kering.

Penulis juga menemui pelbagai sepsis cendawan tumbuh di kebunnya yang antara lainnya Clathrus Ruber, sejenis cendawan beracun berbau daging busuk dan najis.

Lokasi penemuan – Tataba Farm, Kg. Sondukut Baru, Sook Keningau (Sabah, Malaysia).

 

 

 542 total views,  1 views today

Leave A Reply

Your email address will not be published.